NATIONAL SYMPOSIUM ON CHILDREN WITH SPECIAL NEEDS 2017 (30-31 OKTOBER 2017)

National Symposium on Children With Special Needs 2017 (NSCSN) bertujuan untuk membincang, membahas serta mengambil kira keperluan dan masalah yang dihadapi supaya setiap hasil perbincangan dapat merungkai kekangan yang menjaga golongan itu.

NSCSN ini  juga mencari titik keputusan dan mewujudkan sinergi yang boleh memberi inspirasi kepada kerjasama daripada pelbagai pihak, seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Pendidikan; universiti; guru-guru pendidikan khas, pihak NGO; ibubapa   dan masyarakat sekeliling untuk kebaikan anak-anak kelainan upaya terutama di pantai timur. Ia juga bertujuan untuk membahas dan menyatukan idea-idea mengenai isu-isu yang berkaitan dengan inisiatif untuk mewujudkan  kemajuan semasa dan pusat kepada golongan anak-anak kelainan upaya di pantai timur ini.

TARIKH

30-31 Oktober 2017 (Isnin & Selasa)

TEMPAT

Dewan Perdana, Kampus Gong Badak, UniSZA

PERASMI

YB Dato’ Seri Rohani binti Abd. Karim

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat