FSSG Meraih 3 Pingat di K-NOVASI UKM 2017 (15-16 Februari 2017)

PASUKAN Inovasi Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu berjaya mencipta nama di pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dengan memenangi tiga (3) pingat di Pertandingan K-Novasi Pengajaran & Pembelajaran UKM 2017 pada 15 hingga 16 Februari 2017 bertempat di Dewan Gemilang Universiti Kebangsaan Malaysia.

                

Ahli deligasi dari pasukan FSSG mewakili UniSZA ke K-Novasi UKM, Dr. Muhamad Fazil Ahmad memberitahu, kejayaan fakulti ini sebenarnya ditempa di Fakulti sendiri dengan memenangi satu anugerah Inovasi 2016 daripada Jawatankuasa Anugerah Kecemerlangan Fakulti melalui beberapa penciptaan produk berbentuk sosial teknologi pertengahan tahun 2016 lalu.

Pelbagai produk teknologi sosial yang dicipta melalui kajian yang mendalam bagi memastikan sesebuah produk itu menepati piawaian qualiti produk yang berteraskan sosial sains dijalan secara teradun berdasarkan kepada keperluan dan kehendak bagi pembangunan komuniti setempat.”

Terbukti produk-produk yang dihasilkan membuahkan kejayaan dan ini akan mendorong kami untuk membudayakan kajian dan penyelidikan di peringkat fakulti dan universiti seterusnya dapat menghasilkan modal insan yang boleh menyumbangkan tenaga dan idea kepada negara pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pertandingan K-Novasi ini FSSG telah mencipta nama melalui tiga produk pengajaran dan pembelajarannya yang menggondol 1 pingat Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa dalam pertandingan tersebut.

Pensyarah berkenaan, Dr. Muhamad Fazil Ahmad berjaya melalui penghasilan produk inovasi yang dinamakan sebagai TutoReal, iaitu pendekatan D.I.Y pembelajaran Bahasa Inggeris berasaskan Bahasa Malaysia, telah memperolehi pingat Emas, manakala produk kedua beliau iaitu SVgate meraih pingat Perak, merupakan penciptaan produk yang membolehkan proses penyeliaan pelajar dilakukan secara maya dan penyusunan penulisan secara teknikal dibuat secara sistematik bagi memudahkan pelajar dan penyelia dalam menjimatkan masa pengajian seseorang pelajar siswasah mahupun pra siswazah.

Katanya, kedua-dua produk itu mampu untuk memudahkan proses Pengajaran & Pembelajaran di peringkat fakulti seterusnya dapat menyelesaikan permasalahan yang sering dihadapi oleh kebanyakan pelajar di peringkat universiti terutamanya UniSZA.

Kejayaan terus dikecapi oleh Dr. Yendo Afgani @ Eusoff, Prof. Madya Dr. Norizan Abd Ghani dan Dr. Norsuhaily Abu Bakar, yang berjaya membawa pulang 1 pingat Gangsa. Ia diperoleh melalui kajian mereka yang bertajuk DoSeliZan: Smart Reading. Melalui kajian itu, produk smart reading ini mampu untuk memudahkan penghafaz Al-quran dan pembacanya mendapat keselesaan semasa mambaca dan menghafaz Al-quran dan sekaligus memudahkan proses tadabbur Al-quran tersebut.

Terkini, FSSG sedang giat melatih inovator muda di kalangan pelajar pra siswazah dan membuat persiapan bagi menyertai Program Minggu Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi 2017 (MPI 2017) yang  bakal berlangsung pada 12 hingga 13 April di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) anjuran UniSZA, UMT dan TATIUC.

 

5 2

 

2 2

 

1

 

3 2

 

4 2