Wacana Ilmiah FSSG Siri 1/2017 (27 Februari 2017)

Wacana Ilmiah FSSG Siri 1/2017 anjuran Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) telah diadakan pada 27 Februari 2017 bertempat di Bilik Kuliah ALI04.

Pembuka siri wacana bulanan pada tahun 2017 ini telah dimulai oleh Prof. Dr. Wan Abd Aziz Wan Mohd Amin dengan tajuk “Developing a Conceptual Framework”. Program ini merupakan program bulanan yang dibuat khas kepada pelajar pascasiswazah satu cara perkongsian ilmu serta penambahan maklumat baru berkaitan penulisan tesis mereka.

Program seumpama ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan pelajar pascasiswazah berkaitan kajian yang mereka lakukan beserta informasi yang terkini melalui penceramah yang dijemput khas untuk memberikan syarahan kepada mereka.

 

WhatsApp Image 2017 02 27 at 9.54.04 AM 1

 

WhatsApp Image 2017 02 27 at 9.54.04 AM