Kemeriahan Program Bakti Siswa FSSG 2017 (2-4 Mac 2017)

Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu – Program Baktisiswa FSSG 2017 yang telah diadakan selama tiga hari dua malam di kampung Kuala Telemong telah berjaya menjadi salah satu platform kepada para pelajar FSSG dalam mendekatkan mahasiswa bersama masyarakat. Dalam usaha membangunkan sahsiah mahasiswa, program sebegini berupaya membentuk modal insan yang holistik.

Majlis dirasmikan oleh  YB. Dato’ Rozi bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia Negeri Terengganu.  Turut hadir  Penolong Naib Canselor, Prof. Dr. Afandi Mohamad, Pengarah Penerbit, Dato’ Prof. Anwar Omar Din, Dekan, Prof. Ahmad Puad Mat Som, Timbalan-timbalan Dekan, pensyarah-pensyarah, staf-staf fakulti dan universiti serta ibubapa angkat dan penduduk kampung.

YB Dato’ Rozi juga merasmikan Pusat Impak Kekal FSSG, sebuah perpustakaan mini, hasil dari sumbangan Projek Minimalis FSSG sebelum itu dan sumbangan Penerbit UniSZA yang akan memberi manfaat kepada anak-anak sekitar kampung. Seramai 75 pelajar FSSG dengan 25 buah keluarga angkat telibat dalam program-program dianjurkan seperti khidmat masyarakat membersihkan masjid, surau, balairaya dan kawasan perkuburan. Bacaan Yasin dan ceramah agama, persembahan kebudayaan dan sukaneka antara acara-acara yang dianjurkan dan mendapat sambutan meriah dari anak-anak dan penduduk kampung.

Pada hari ketiga program, Dato’ Naib Canselor, Dato’ Prof. Zubaidi Abd. Latiff telah sama-sama turun ke program motivasi bersama pelajar-pelajar SK Kuala Telemong, serta program ziarah dan sumbangan kepada 10 keluarga miskin dan pesakit-pesakit kronik sekitar kampung. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timb. Dekan (HEPA), FSSG, Dr. Norsuhaily binti Abu Bakar bersama-sama ketua kampung, En. Mohd. Kamal. 

 

Tiba di Kampung Kuala Telemong.

tiba di kuala telemong

 

FSSG Minimalist “Impak Kekal Mini Perpustakaan”.

8358f662 42f7 4b89 820b 5ecd394632d5

 

Sukaneka rakyat di Kampung Kuala Telemong.

6ea1086c ab18 4261 b655 28613ab99740

 

77f8b8c7 0246 4c83 b8a5 b97654399225

 

Pembahagian barang-barang Dapur kepada keluarga miskin Kg. Kuala Telemong.

1c925ea3 8489 41f3 9d79 7095fc4c95f1

 

a7aa46b3 fd6d 4264 ae71 a7812559a05c

 

Mengecat Kawasan Surau dan Membersihkan Kawasan Rumah Penduduk Kampung.

4e2ec18e 7e33 44c5 ada7 55142054fb85

 

e7892547 74ee 4162 a1a2 dadcb5c60638

 

Sidang Media

9c65c525 47a4 4bff adf1 fda2e3a0d366

 

Program “I Sihat” bersama Kementerian Kesihatan (Klinik Kesihatan Kuala Telemong dan Kuala Berang) – pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk kampung.

f53d7e3a 5c24 45ad 87b7 c0fc4da47b73

 

Program Gigi Sihat bersama Kementerian Kesihatan (Klinik Pergigian Hulu Terengganu).

0c4f1903 28f5 4d21 92fe d60292e7bf2b

 

Majlis Penutupan Penyerahan Balik Anak Angkat serta Penyampaian hadiah.

WhatsApp Image 2017 03 05 at 7.39.11 AM

 

1a1ccc65 8f70 434e be20 25966f97dcac