Dato’ Naib Canselor di program Bakti Siswa FSSG 2017 (4 Mac 2017)

Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu - Program Baktisiswa FSSG 2017 pada hari ketiga, 4 Mac yang lalu di teruskan dengan program motivasi bersama pelajar-pelajar tahun 6 SK Kuala Telemong, program sumbangan dan ziarah kepada 10 keluarga miskin dan pesakit-pesakit kronik sekitar kampung Kuala Telemong serta program pemeriksaan kesihatan dan pergigian dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Naib Canselor UniSZA, Dato’ Prof. Zubaidi Abdul Latiff telah turun bersama-sama pelajar Fakulti Sains Sosial Gunaan  dalam program motivasi pelajar tahun 6. Beliau sempat memberi semangat dan kata perangsang kepada lebih 60 pelajar tahun 6 untuk berusaha lebih gigih dan belajar bersungguh-sungguh dalam menghadapi peperiksaan UPSR 2017 nanti. Beliau juga sempat melawat Pusat Impak Kekal FSSG, perpustakaan mini, yang disumbangkan oleh pihak fakulti untuk kegunaan penduduk kampung, terutama anak-anak.

Dato’ Naib Canselor bersama-sama Timb. Dekan HEPA FSSG, Dr. Norsuhaily Abu Bakar, Ketua Kampung Kuala Telemong, En. Mohd. Kamal dan pelajar telah menziarahi 6 buah keluarga dari 10 buah keluarga miskin dan pesakit-pesakit kronik sekitar kampung dalam program  ziarah dan sumbangan. Beliau yang juga pakar perubatan, menasihati pesakit-pesakit dalam pengambilan ubat dan cara merawat.

Warga FSSG amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan padu dari pihak Dato’ Naib Canselor UniSZA.

 

WhatsApp Image 2017 03 05 at 7.55.19 AM

 

WhatsApp Image 2017 03 05 at 7.55.17 AM

 

WhatsApp Image 2017 03 05 at 7.55.17 AM 1

 

WhatsApp Image 2017 03 05 at 7.41.56 AM

 

WhatsApp Image 2017 03 05 at 7.55.15 AM