Wacana Ilmiah FSSG Siri 2/2017 (20 Mac 2017)

Penganjuran Wacana Ilmiah FSSG Siri 2/2017 oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) telah diadakan pada 20 Mac 2017 bertempat di Bilik Kuliah ALI 04. Syarahan bulan ini telah disampaikan  oleh Prof. Dr. Ahmad Puad Mat Som, Dekan FSSG dengan tajuk “Interview Method & Qualitative Research”.

            Menurut peserta yang hadir, program ini dilihat dapat memberikan informasi yang berguna untuk kegunaan para pelajar pascasiswazah disebabkan tajuk syarahan yang sangat tepat dan bersesuaian dengan kehendak mereka.

            Program seperti ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran para peserta untuk menghabiskan pembelajaran mereka di peringkat sarjana dan doktor falsafah.

WhatsApp Image 2017 03 21 at 9.16.48 AM 1

 

WhatsApp Image 2017 03 21 at 9.16.48 AM 2

 

WhatsApp Image 2017 03 21 at 9.16.48 AM 3

 

WhatsApp Image 2017 03 21 at 9.16.48 AM