Sambutan Minggu Profesional Kerja Sosial 2017 (27 - 29 Mac 2017)

Persatuan Mahasiswa Kerja Sosial (PMKS) Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah menganjurkan sambutan Minggu Profesional Kerja Sosial 2017 bermula pada 27 hingga 29 Mac 2017 bersempena sambutan Hari Pekerja Sosial sedunia. Program ini merupakan program yang julung kali diadakan setelah Persatuan Mahasiswa Kerja Sosial (PMKS) diluluskan penubuhannya secara rasmi.

Matlamat utama program ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar; khususnya mahasiswa/i Kerja Sosial di bawah Pusat Pengajian Kerja Sosial untuk lebih mendalami bidang Kerja Sosial dan sebagai persediaan terhadap pelaksanaan Akta Pekerja Sosial dan lesen Pekerja Sosial. Selain bertujuan meraikan Hari Pekerja Sosial, pada masa yang sama program ini dianjurkan bertujuan untuk membentuk kemahiran insaniah kepada setiap pelajar. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memberi galakan dan dorongan kepada pelajar untuk terlibat secara aktif aktiviti sukan dan kokurikulum di peringkat Universiti, Negeri mahupun Negara, membuka peluang kepada mahasiswa untuk mendapatkan pendedahan tentang isu-isu sosial terkini daripada Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kerajaan, mewujudkan komunikasi yang baik dan hubungan mesra di antara mahasiswa/i dengan ahli-ahli Persatuan Mahasiswa Kerja Sosial serta melahirkan ahli persatuan yang saling bekerjasama, dan menerapkan sikap profesionalisme dalam kalangan ahli PMKS.

Perasmian Minggu Profesional Kerja Sosial telah disempurnakan oleh En. Mohd Sayuti bin Yahya, Ketua Penolong Pendaftar, Pejabat Timbalan Naib Canselor yang mewakili YBhg. Prof. Dr. Nik Wan bin Omar, Timbalan Naib Canselor HEPA, UniSZA. Turut diiringi oleh Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial Gunaan, NorSuhaily bin Abu Bakar, Ketua Pusat Pengajian Kerja Sosial, Dr. Siti Hajar bin Abdul Rauf, Yang Dipertua Persatuan Mohamad Aizuddin bin Zamzam, Pengarah Program sempena Minggu Profesional Kerja Sosial Mohamad Luqman Hakim bin Awang, semua pensyarah kerja sosial, kakitangan fakulti, pelajar sekolah, dan semua mahasiswa/i Kerja Sosial. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang sambutan Minggu Profesional Kerja Sosial 2017. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan adalah seperti pertandingan mewarna yang disertai oleh kanak-kanak dari Tabika KEMAS, DUN Seberang Takir, pameran daripada Ummatic Mission Relief “UMR”, Angkatan Belia Islam “ABIM”, dan Kesatuan Pelajar Islam Terengganu “KEPITAR”, pertandingan futsal Piala Kerja Sosial, aktiviti jualan, persembahan kumpulan busking daripada Pusat Kesenian dan Warisan (PSW) pada waktu malam di gerai jualan, Bicara Kerja Sosial oleh Puan Nur Asmalia binti Ismail (Pegawai Pekerja Sosial Perubatan, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)), Program Derma Darah dengan kerjasama HSNZ, Promotion Of Social Work@Flash Mob yang dikendalikan oleh unit media dan publisiti, Malam Kebudayaan Kerja Sosial dengan persembahan sketsa pendek mengenai profesion Kerja Sosial dalam usaha membantu gologan-golongan yang memerlukan khidmat dan penyelesaian masalah sehingga wujudnya kefungsian sosial, Kursus ‘Cardio pulmonary resuscitation’ (CPR) oleh Dr. Syed Aizuddin, Ppp. Ramlan Shahril, Ppp. Norismarizam Ismail, dan En. Junaidah Hashim dari HSNZ serta Kursus Teknik Saringan Malpemakanan Warga Emas oleh Prof. Dr. Sakinah binti Harith, Dekan Fakulti Sains Kesihatan UniSZA. Pada malam kemuncak sambutan Minggu Profesional Kerja Sosial; iaitu pada 29 Mac 2017, Pusat Pengajian Kerja Sosial FSSG dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Kerja Sosial telah menganjurkan Malam Kemilau Permata yang bertujuan untuk meraikan para mahasiswa/i Kerja Sosial. Sebanyak 8 anugerah yang telah diberikan kepada mahasiswa/i Kerja Sosial; iaitu Anugerah Tertinggi Jane Addams 2017, Sukarelawan Belia 2017, Pemimpin Projek Kerja Sosial 2017 dan anugerah Pelatih Kerja Sosial yang merupakan anugerah individu dan anugerah Titian Kasih, Tautan Muhibah, Khidmat Bakti dan Anugerah Khas Dokumentari; iaitu anugerah mengikut kumpulan sebagai tanda penghargaan di atas usaha dan kegigihan yang telah disumbangkan oleh mereka sepanjang mengikuti pengajian di UniSZA.

Program-program yang dianjurkan sepanjang sambutan Minggu Profesional Kerja Sosial 2017 dapat melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai kepimpinan yang tinggi, mengasah soft skill dalam terdapat dalam diri setiap mahasiswa/i yang terlibat, meningkatkan pengetahuan dan sikap yang positif setiap ahli     persatuan dalam membina jati diri sebagai mahasiswa Kerja Sosial yang mempunyai wawasan dan matlamat yang tinggi, melahirkan individu yang mempunyai semangat sekaligus mencapai objektif UniSZA untuk melahirkan dan membentuk pemimpin yang berbakat dan pemikiran diasuh, diperkayakan dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang luhur serta mengasah bakat bakal pemimpin dalam pelbagai bidang bagi melahirkan mahasiswa Kerja Sosial yang berbudaya dan berketerampilan serta mempunyai daya tahan mental dan fizikal. Diharapkan sambutan Minggu Profesional Kerja Sosial dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan pengisian yang lebih baik dan dengan kerjasama semua Persatuan Mahasiswa Kerja Sosial yang terdapat di seluruh Malaysia. 

 17554141 1140636112714753 399899856005217458 n

 

17523729 1140635936048104 6574941355182853375 n

 

17499029 1138212599623771 6848711660411500795 n