Majlis Anugerah Kecemerlangan FSSG 2017 (12 April 2017)

Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan FSSG 2017 pada 12 April 2017 yang bertempat di Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada para pelajar di FSSG yang mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan semester lepas. Anugerah Dekan telah diberikan kepada pelajar setiap semester yang memperolehi CGPA 3.65 ke atas.

Selain itu juga terdapat tiga (3) Anugerah Tokoh iaitu Tokoh Keusahawanan, Tokoh Kokurikulum serta Tokoh Holistik telah diberikan kepada pelajar yang terpilih setelah dinilai dan ditemuduga oleh Timbalan Dekan (HEP & Alumni) merangkap panel penilai.

Majlis seumpama ini diharapkan dapat meningkatkan nilai prestasi pembelajaran para pelajar serta persaingan yang sihat di kalangan pelajar bagi melahirkan para pelajar yang berkualiti dan berdaya saing.

WhatsApp Image 2017 04 16 at 10.45.42 PM

 

WhatsApp Image 2017 04 16 at 10.45.27 PM

 

WhatsApp Image 2017 04 16 at 10.45.29 PM

 

WhatsApp Image 2017 04 16 at 10.45.30 PM

 

WhatsApp Image 2017 04 16 at 10.45.34 PM