Program Outreach School Bersama Sekolah Pusat Kebangsaan Pusat Chabang Tiga (17 April 2017)

Kuala Terengganu, 18 April 2017 – Seramai 38 mahasiswa mahasiswi daripada Pusat Pengajian Sains Sosial telah menganjurkan Program Outreach School yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga bersama 150 pelajar tahun 6  pada 17 April 2017 yang lalu. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Maslan Bin Mohamad yang merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga.

Program Outreach School anjuran Fakulti Pusat Pengajian Sains Sosial  dengan kerjasama pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga dimulakan dengan slot yang pertama iaitu slot motivasi yang disampaikan oleh wakil mahasiswa iaitu Mohd Shafiq dan diikuti dengan slot kedua merupakan latihan dalam kumpulan yang bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar tahun 6 melalui latihan dalam kumpulan yang telah dilakukan. Ini secara tidak langung memupuk sikap kepimpinan dan meningkatkan lagi keyakinan tambahan pula mereka menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Tambahnya lagi, dari sudut psikologi melakukan aktiviti-aktiviti seperti ini sedikit sebanyak memberikan semangat motivasi dengan melihat personaliti yang ditonjolkan oleh para mahasiswa.

Program Outreach School ini diberi respon yang positif dalam kalangan pelajar tahun 6 mahupun para mahasiswa itu sendiri. Program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah bagi setiap kumpulan dan sesi bergambar.

WhatsApp Image 2017 04 20 at 10.44.50 AM