Majlis Menandatangai Memorandum Perjanjian (MoA) diantara UniSZA dan STISIPOL

Kuala Nerus – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di bawah fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) telah berjaya menganjurkan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Sekolah Tinggi Ilmu Sosial & Ilmu Politik Raja Haji (STISIPOL), Indonesia pada 23 Ogos 2017 bertempat di Dewan Resitel, UniSZA.

Prof. Madya Dr. Norizan Abdul Ghani selaku ketua program memaklumkan bahawa FSSG telah mengadakan kesepakatan bersama (MoU) dengan STISIPOL semasa ‘World Islamic Social Science Congress’ (WISSC) yang telah berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 3 – 4 Disember 2015. Susulan daripada itu, FSSG berhasrat untuk mengadakan MoA (Memorandum of Agreement) bersama STISIPOL bagi mencapai KPI fakulti dalam Pelan Tindakan Akademik UniSZA pada 2017.

Majlis MoA tersebut telah menandatangani tiga (3)  perkara yang merangkumi perjanjian seperti berikut Exchange Program Agreement, Mobility Program Agreement, Joint Conference Agreement.

Seramai 15 orang pensyarah dan 130 orang pelajar STIPSIPOL telah hadir ke UniSZA bagi menyaksikan majlis MoA tersebut.

Diharapkan kerjasama di antara UniSZA dan STISIPOL akan trus berkekalan untuk masa akan datang.

WhatsApp Image 2017 09 13 at 2.54.41 PM

 

WhatsApp Image 2017 08 23 at 7.11.30 PM

 

WhatsApp Image 2017 08 23 at 7.11.30 PM 1

 

WhatsApp Image 2017 08 23 at 7.11.30 PM 2

 

WhatsApp Image 2017 08 23 at 7.11.30 PM 3

 

WhatsApp Image 2017 08 23 at 7.11.30 PM 4