Aluan Dekan FSSG

 

bismillah

 Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakaatuh dan Salam Sejahtera.

Pada kesempatan ini, saya dengan rendah diri mengucapkan selamat datang ke Laman Sesawang Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA. Kami menawarkan program prasiswazah yang memenuhi keperluan semasa iaitu ISM Antropologi & Dakwah dan ISM Kerja Sosial.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang telah berjaya memasuki UniSZA sebagai wadah menimba ilmu dan sekali gus menjadi warga FSSG. Kami berhasrat untuk melahirkan pelajar dan pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang yang menjurus kepada sains sosial serta menjadikan fakulti ini sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan rujukan di rantau ini.

Di samping itu, kecemerlangan, berketerampilan dan berkemahiran dalam bidang ilmu tidak dapat dikecapi dengan impian semata-mata tetapi memerlukan usaha yang jitu dan matlamat yang jelas sebaik sahaja melangkah ke menara gading. Justeru itu, wajarlah mahasiswa dan mahasiswi sekalian menyusun langkah, mengatur strategi dan melestarikan tekad agar mercu kecemerlangan dapat didakap.

Oleh itu, seluruh warga FSSG bersedia dengan penuh komitmen mengalu-alukan anda semua ke fakulti kami.

Sekian,

"We Are Complete Not To Compete"

PROF. DR. AHMAD PUAD BIN MAT SOM

DEKAN FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN