PELANTIKAN DEKAN FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FSSG)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Prof. Dr. Norizan binti Abdul Ghani telah dilantik sebagai Dekan Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) yang baharu. Warga Pejabat FSSG mengucapkan setinggi tahniah di atas pelantikan ini. Pelantikan ini berkuatkuasa 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2022.

Warga FSSG juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mantan Dekan iaitu YBrs. Prof. Dr. Wan Abd Aziz bin Wan Mohd Amin di atas perkhidmatan dan sumbangan beliau sepanjang tempoh bertugas sebagai Dekan FSSG. Selamat Maju jaya.

Sekian, harap maklum.