MAKLUMAN PELANTIKAN KPP KERJA SOSIAL DAN PENYELARAS JAMINAN KUALITI & E-PEMBELAJARAN YANG BAHARU DI FSSG

ASSALAMUALAIKUM WM. WBR. DAN SALAM SEJAHTERA.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak fakulti mengucapkan tahniah di atas pelantikan baharu kepada:

1. YBrs. Dr. Mohamad Asmawi bin Ibrahim sebagai Ketua Pusat Pengajian Antropologi & Dakwah mulai 1 Februari 2020 – 31 Januari 2022; dan

2. YBrs. Dr. Hezzrin binti Mohd Pauzi sebagai Penyelaras Jaminan Kualiti & e-Pembelajaran mulai 1 Februari 2020 – 31 Januari 2022;

Pihak FSSG merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan baharu dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Ketua Pusat Pengajian Antropologi & Dakwah (YBrs. Encik Mohamad Hafis bin Amat Simin) dan mantan Penyelaras Jaminan Kualiti & e-Pembelajaran (Dr. Mohamad Fauzi bin Abdul Latib) atas sumbangan sepanjang bertugas sebagai Ketua Pusat Pengajian Antropologi & Dakwah dan Penyelaras Jaminan Kualiti & e-Pembelajaran.

 Semoga dalam makluman semua pihak.

Sekian, wassalam.