BORANG PENCALONAN ANUGERAH PELAJAR BAGI MAJLIS FSSG AWARD 2020 DI FSSG

Bersama-sama ini di lampirkan :

1) BORANG PENCALONAN ANUGERAH PELAJAR (INDIVIDU)

2) BORANG PENCALONAN ANUGERAH PELAJAR (PENGANJURAN PROGRAM TERBAIK)

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 FEBRUARI 2020 dan Mohon utuk menghantar borang hardcopy yang lengkap ke pejabat FSSG.

 

Syarat-syarat:

Anugerah Pelajar Terbaik Pusat Pengajian Antropologi & Kerja Sosial

  1. CGPA tertinggi
  2. Penglibatan aktif dalam mewakili fakulti/universiti/antarabangsa

Anugerah Kebudayaan

  1. CGPA 3.00 ke atas
  2. Penglibatan Aktif dalam sebarang aktiviti berkaitan kebudayaan di peringkat fakulti/universiti/antarabangsa.
  3. Menganjurkan program kebudayaan yang berimpak tinggi.

Anugerah Sukan

  1. CGPA 3.00 ke atas
  2. Penglibatan aktif dalam aktiviti sukan di peringkat fakulti/universiti/antarabangsa.
  3. Menganjurkan program sukan yang berimpak tinggi.

Anugerah Khidmat Komuniti

  1. CGPA 3.00 ke atas
  2. Penglibatan aktif dalam aktiviti khidmat komuniti di peringkat fakulti/universiti/antarabangsa.
  3. Pengiktirafan daripada komuniti (kerajaan /swasta/ NGO).
  4. Menganjurkan program khidmat komuniti yang berimpak tinggi.

Anugerah keusahawanan

  1. CGPA 3.00 ke atas
  2. Mempunyai syarikat berdaftar
  3. Mempunyai produk/perkhidmatan yang dikenali ramai
  4. Menganjurkan program keusahawanan yang berimpak tinggi
  5. Pengiktirafan daripada komuniti (kerajaan /swasta/ NGO)

Anugerah Pelajar terbaik FSSG

  1. Mempunyai CGPA 3.5 ke atas
  2. Aktif dalam kokurikulum
  3. Pengiktirafan daripada komuniti (kerajaan /swasta/ NGO)
  4. Kepimpinan program di peringkat fakulti/universiti/kebangsaan/antarabangsa

Anugerah Penganjuran Program Terbaik

  1. Program anjuran pelajar sepenuhnya dan berimpak tinggi
  2. Mendapat pengiktirafan daripada komuniti (kerajaan /swasta/ NGO)
  3. Program di peringkat universiti/daerah/negeri/kebangsaan/antarabangsa

Anugerah Permata Siswa; Pingat Ibnu Ummi Maktum

  1. Pelajar OKU (Pemegang kad OKU)
  2. CGPA tertinggi
  3. Aktif di peringkat fakulti/ universiti/daerah/negeri/kebangsaan/antarabangsa