HEBAHAN CALON PENERIMA ANUGERAH PELAJAR DIRAJA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....       

Sukacita dimaklumkan bahawa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dijangka akan mengadakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-13 pada bulan November 2021. Sehubungan dengan itu, pihak fakulti mempelawa pelajar yang layak untuk mengisi pencalonan di atas.

Bersama-sama ini dilampirkan borang pencalonan dan garis panduan pemilihan calon penerima Anugerah Pelajar DiRaja untuk makluman dan tindakan saudara/saudari seterusnya. Jesterus itu, saudara/saudari dimohon untuk menghantar borang yang lengkap kepada Encik Mohd Syafiq Fakri bin Abdul Qawi (Penolong Pendaftar FSSG) di alamat email Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. sebelum atau pada 29 September 2021 (Rabu) untuk tindakan pihak kami seterusnya.

Sebarang pertanyaan lanjut saudara/saudari boleh menghubungi Encik Mohd Syafiq Fakri bin Abdul Qawi (Penolong Pendaftar FSSG) di talian 016-207 0978. Kerjasama daripada pihak saudara/saudarai didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

Borang pencalonan penerima Anugerah Pelajar DiRaja

Garis panduan pemilihan calon penerima Anugerah Pelajar DiRaja