HEBAHAN CALON PENERIMA ANUGERAH PELAJAR DIRAJA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....       

Sukacita dimaklumkan bahawa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dijangka akan mengadakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-13 pada bulan November 2021. Sehubungan dengan itu, pihak fakulti mempelawa pelajar yang layak untuk mengisi pencalonan di atas.

Bersama-sama ini dilampirkan borang pencalonan dan garis panduan pemilihan calon penerima Anugerah Pelajar DiRaja untuk makluman dan tindakan saudara/saudari seterusnya. Jesterus itu, saudara/saudari dimohon untuk menghantar borang yang lengkap kepada Encik Mohd Syafiq Fakri bin Abdul Qawi (Penolong Pendaftar FSSG) di alamat email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sebelum atau pada 29 September 2021 (Rabu) untuk tindakan pihak kami seterusnya.

Sebarang pertanyaan lanjut saudara/saudari boleh menghubungi Encik Mohd Syafiq Fakri bin Abdul Qawi (Penolong Pendaftar FSSG) di talian 016-207 0978. Kerjasama daripada pihak saudara/saudarai didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

Borang pencalonan penerima Anugerah Pelajar DiRaja

Garis panduan pemilihan calon penerima Anugerah Pelajar DiRaja