Latar Belakang

Latar Belakang 2

 

 Pengenalan

Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) telah ditubuhkan pada Januari 2014. Matlamat utama penubuhan FSSG adalah untuk memperkukuh dan memantapkan lagi ekosistem ilmu dan pembangunan akademia UniSZA bagi  membantu negara menghasilkan modal insan yang berilmu pengetahuan, profesional, berakhlak tinggi, kreatif, inovatif serta berbudaya keusahawanan, meneroka dan menyelidik

 

VISI
Menjadi sebuah pusat kecemerlangan akademia bertaraf dunia untuk membentuk sebuah ekosistem ilmu global.
 
MISI
         Melahirkan modal insan yang cemerlang, berakhlak mulia dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi untuk pembangunan negara.
 
PERANAN

FSSG berperanan untuk menawarkan program-program akademik dalam bidang sains sosial gunaan yang berpaksikan pembangunan intelektualiti yang cemerlang, berdaya saing dan berorientasikan pasaran. Peranan FSSG diperkukuhkan lagi dengan hasrat untuk:

 

  1. Melahirkan modal insan holistik yang berakhlak mulia, mempunyai jati diri, kreatif dan inovatif dalam menjana dan mengaplikasi ilmu sains sosial gunaan.
  2. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran berkualiti melalui kaedah studio-based learning yang berpusatkan pelajar menerusi pembelajaran melalui pengalaman (experiential learning).
  3. Menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif bagi membudayakan pemikiran saintifik, reflektif, kreatif dan inovatif dalam kalangan kakitangan akademik dan pelajar untuk membangunkan ekosistem ilmu beracuankan UniSZA serta membina korpus ilmu sains sosial gunaan yang terunggul di tanahair dan juga di peringkat antarabangsa.
  4. Mewujudkan jaringan kepakaran dalam bidang sains sosial gunaan melalui peningkatan aktiviti pengantarabangsaan dan hubungan strategik dengan institusi dalam dan luar negara.
  5. Menjadi pusat rujukan utama dalam bidang sains sosial gunaan melalui jalinan pintar fakulti-komuniti-industri.
  6. Merancang peningkatan intelektualiti dan profesionalisme dalam kalangan kakitangan akademik, pengurusan dan sokongan melalui latihan, pengajaran, penyelidikan, perundingan dan penerbitan.

Peranan fakulti diperkemaskan lagi dengan penubuhan beberapa jawatankuasa iaitu:

 

  1. Jawatankuasa Pengurusan Fakulti;
  2. Jawatankuasa Pemeriksa Fakulti;
  3. Jawatankuasa Peperiksaan;
  4. Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti;
  5. Jawatankuasa Akademik Fakulti;
  6. Jawatankuasa Siswazah Fakulti; dan
  7. Jawatankuasa Laman Web.