Program ini bertujua memperkenalkan dan melahirkan graduan yang memenuhi keperluan semasa, menguasai dan mengaplikasi pelbagai disiplin ilmu dan kemahiran pengaplikasian dakwah serta menjadi peneraju dalam bidang yang berupaya mengintegrasi secara kreatif dan inovatif. Seterusnya melahirkan generas integrasi ilmu, amal dan iman serta melahirkan tenaga kerja yang mampu berdaya saing dalam pasaran dan cabaran semasa secara berakhlak dan berintegriti. |
|
Objektif |
- Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang antropologi dan dakwah.
- Mampu menguasai disiplin ilmu antropologi dari aspek pengaplikasiannya dalam kemahiran dakwah.
- Melahirkan graduan yang dapat mengurus masyarakat dan budaya untuk meningkatkan kualiti hidup dalam pentadbiran dan pengurusan pembangunan mapan.
- Mempunyai pengetahuan dalam aspek pengintegrasian kemahiran antropologi dan dakwah dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
- Bertanggungjawab, berketerampilan mulia dan berupaya mengamalkan ciri-ciri kepemimpinan.
- Berkeyakinan untuk membina dan membentuk kepakaran dalam bidang antropologi dan dakwah ke peringkat sarjana dan doktor falsafah.
|
Hasil Pembelajaran Program |
- Menjelaskan kandungan dan mempraktik pelbagai disiplin ilmu antropologi dan dakwah secara bersepadu.
- Mengintegrasikan kemahiran antropologi dan dakwah, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam melaksanakan perkongsian ilmu pengetahuan
- Menyampaikan pandangan dan pendapat secara berkesan melalui aspek-aspek afektif dalam pelbagai situasi komunikasi.
- Mewujudkan perhubungan yangmesra diantara diri, komuniti dan kerajaan setempat.
- Mempamerkan nilai-nilai integriti, kredibiliti dan bertanggungjawab secara berterusan.
- Membuat refleksi serta menilai tahap penguasaan kemahiran- kemahiran antropologi dan dakwah untuk penambahbaikan yang berterusan.
- Mengenal pasti idea dan peluang yang wujud untuk menghasilkan perancangan baharu berkaitan dengan antropologi dan dakwah.
|
Peluang Kerjaya |
- Usahawan Sosial
- Pegawai Pembangunan Masyarakat
- Pegawai Kebajikan Masyarakat
- Pegawai Khidmat Sosial
- Pegawai Penyelidik Sosial
- Tenaga Akademik
- Pegawai Penguatkuasa
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
- Kurator
- Pegawai Arkib
- Pegawai Tadbir Diplomatik
- Pegawai Tadbir
|
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN |
 |
|
|
|
SYARAT KHAS |
|
NOTA:
Maklumat lengkap Pusat Pengajian Antropologi dan Dakwah boleh dibaca disini 
|