ISM KS

Welcome KS 3

 

Program ini bertujuan melahirkan graduan yang berupaya mengguna, menguasai serta mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang khidmat sosial, pemulihan dan jagaan dan seterusnya menjana pekerjaan dan bersaing dalam pasaran bagi memenuhi keperluan semasa.
Objektif
  1. Memberikan pendedahan secara prinsip dan teori dalam ilmu pengetahuan berkaitan khidmat sosial, pemulihan dan jagaan;
  2. Memperkenalkan metodologi, alatan dan prosedur yang bersesuaian dalam bidang khidmat sosial, pemulihan dan jagaan;
  3. Menerapkan elemen penyelidikan dan inovasi dalam pembelajaran
  4. Memupuk ciri profesional yang beretika, mahir dalam berkomunikasi dan mampu bekerja dalam kumpulan serta mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi
  5. Menerapkan ciri  keusahawanan  yang berdaya saing dan inovatif  dalam industri khidmat sosial, pemulihan dan jagaan;
  6. Memberi kesedaran terhadap kepentingan pengembangan ilmu melalui pembelajaran sepanjang hayat.
 Hasil Pembelajaran Program
  1. Mengetahui, memahami dan menghubungkaitkan prinsip-prinsip asas khidmat sosial, pemulihan dan jagaan.
  2. Mengaplikasi dan menganalisis ilmu khidmat sosial, pemulihan dan jagaan kegerutuan tingkah laku manusia yang menunjukkan profesionalisme dalam pekerjaan.
  3. Berhujah, menyelesaikan masalah dan mengaplikasikan kemahiran pemikiran kritikal mengenai analisis, penyelesaian masalah, logik, komunikasi dan penilaian kepada amalan  profesional dengan individu,  keluarga, organisasi, komuniti dan negara.
  4. Mempunyai teknik dan kebolehan mengamalkan kerja-kerja pemulihan dan jagaan dalam   lingkaran nilai dan etika pemulihan dan jagaan yang mencerminkan kecekapan, kesedaran  kendiri, integriti dan tanggungjawab dan etika sosial.
  5. Memperolehi kemahiran penyelidikan kualitatif dan kuantitatif yang perlu untuk  melaksanakan penilaian empirikal ke atas amalan-amalan pencelahan dengan individu, keluarga, organisasi dan komuniti dan ke atas kajian-kajian lain serta mengaplikasikan dapatannya kepada amalan semasa.
  6. Menguasai dan mengaplikasi kemahiran berpasukan dan interpersonal ilmu kemanusiaan dan governan yang mempunyai impak ke atas pembangunan sosial individu, masyarakat dan negara. 
  7. Merancang, mengurus dan melaksana program-program, kerja-kerja penyelidikan dan perundingan mengenai isu-isu sosial serta meneruskan pengajian lanjutan dengan autonomi yang tinggi.
Peluang Kerjaya 
  1. Pekerja Sosial (perubatan, sekolah, institusi dan lain-lain yang berkaitan)
  2. Pegawai Kebajikan Masyarakat
  3. Tenaga Akademik
  4. Usahawan sosial
  5. Sukarelawan
  6. Pegawai Perhubungan Awam
  7. Pegawai Tadbir/Pegawai Tadbir Diplomatik
  8. Lain-lain Jawatan Yang Berkaitan 
 
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
 
 
IJAZAH SARJANA MUDA KERJA SOSIAL DENGAN KEPUJIAN    
8 SEMESTER (4 Tahun)

STPM

SYARAT AM

Warganegara Malaysia dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai

DAN

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 dan Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am

 

SYARAT KHAS

Mendapat sekurang-kurangnya SATU (1) Gred C pada peringkat SPM daripada mata pelajaran berikut:

    > Pendidikan Islam
     >  Pendidikan Syariah Islamiah
     > Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
     > Usul-Al-Din
     > Al-Syariah
     > Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah
     > Manahij Al-Ulum Al-Islamiah
     > Al-Adab Wa Al-Balaghah
     > Bahasa Arab

 DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C TIGA (3) mata pelajaran lain selain yang telah dipilih TIDAK TERMASUK Bahasa Melayu pada peringkat SPM

 

DAN 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred (D) Bahasa Inggeris pada peringkat SPM

 

DAN

Mendapat sekurang kurangnya MUET Tahap 2 (BAND 2)

MATRIKULASI

SYARAT AM

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai

DAN

Lulus Peperiksaan Matrikulasi / Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50

SYARAT KHAS

        Mendapat sekurang-kurangnya Gred C mata pelajaran pengkhususan pada peringkat Matrikulasi
        / Asasi

 

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya SATU (1) Gred C pada peringkat SPM daripada mata pelajaran berikut:

                  > Pendidikan Islam
                 >  Pendidikan Syariah Islamiah
                 > Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
                 > Usul-Al-Din
                 > Al-Syariah
                 > Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah
                 > Manahij Al-Ulum Al-Islamiah
                 > Al-Adab Wa Al-Balaghah
                 > Bahasa Arab

DAN

         Mendapat sekurang-kurangnya Gred C TIGA (3) mata pelajaran lain selain yang telah dipilih TIDAK TERMASUK 
         Bahasa Melayu pada peringkat SPM

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred (D) Bahasa Inggeris pada peringkat SPM

DAN
         Mendapat sekurang-kurangnya MUET Tahap 2 (BAND 2)

DIPLOMA

SYARAT AM

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai

DAN

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia akan diluluskan oleh Senat Universiti

SYARAT KHAS

 

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 pada peringkat Diploma dalam bidang berkaitan

DAN

 

Mendapat sekurang-kurangnya SATU (1) Gred C pada peringkat SPM daripada mata pelajaran berikut:

       > Pendidikan Islam
        > Pendidikan Syariah Islamiah
                  > Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
                  > Usul-Al-Din
                  > Al-Syariah
                  > Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah
                  > Manahij Al-Ulum Al-Islamiah
                  > Al-Adab Wa Al-Balaghah
                  > Bahasa Arab

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C TIGA (3) mata pelajaran lain selain yang telah dipilih TIDAK TERMASUK Bahasa Melayu pada peringkat SPM

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred (D) Bahasa Inggeris pada peringkat SPM

DAN

         Mendapat sekurang kurangnya MUET Tahap 2 (BAND 2)

STAM

SYARAT AM

Lulus Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau Kepujian bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai

DAN

 

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid

 

SYARAT KHAS

Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid pada peringkat STAM

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C SATU (1) pada peringkat SPM daripada mata pelajaran berikut:

       > Pendidikan Islam
       > Pendidikan Syariah Islamiah
                  > Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
                  > Usul-Al-Din
                  > Al-Syariah
                  > Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah
                  > Manahij Al-Ulum Al-Islamiah
                  > Al-Adab Wa Al-Balaghah
                  > Bahasa Arab

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C TIGA (3) mata pelajaran lain selain yang telah dipilih TIDAK TERMASUK Bahasa Melayu pada peringkat SPM

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred (D) Bahasa Inggeris pada peringkat SPM

DAN

         Mendapat sekurang kurangnya MUET Tahap 2 (BAND 2)

 

NOTA:

Maklumat lengkap Pusat Pengajian Kerja Sosial boleh dibaca disini hot button animation gif