Program ini bertujuan melahirkan graduan yang berupaya mengguna, menguasai serta mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang khidmat sosial, pemulihan dan jagaan dan seterusnya menjana pekerjaan dan bersaing dalam pasaran bagi memenuhi keperluan semasa. |
Objektif |
- Memberikan pendedahan secara prinsip dan teori dalam ilmu pengetahuan berkaitan khidmat sosial, pemulihan dan jagaan;
- Memperkenalkan metodologi, alatan dan prosedur yang bersesuaian dalam bidang khidmat sosial, pemulihan dan jagaan;
- Menerapkan elemen penyelidikan dan inovasi dalam pembelajaran
- Memupuk ciri profesional yang beretika, mahir dalam berkomunikasi dan mampu bekerja dalam kumpulan serta mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi
- Menerapkan ciri keusahawanan yang berdaya saing dan inovatif dalam industri khidmat sosial, pemulihan dan jagaan;
- Memberi kesedaran terhadap kepentingan pengembangan ilmu melalui pembelajaran sepanjang hayat.
|
Hasil Pembelajaran Program |
- Mengetahui, memahami dan menghubungkaitkan prinsip-prinsip asas khidmat sosial, pemulihan dan jagaan.
- Mengaplikasi dan menganalisis ilmu khidmat sosial, pemulihan dan jagaan kegerutuan tingkah laku manusia yang menunjukkan profesionalisme dalam pekerjaan.
- Berhujah, menyelesaikan masalah dan mengaplikasikan kemahiran pemikiran kritikal mengenai analisis, penyelesaian masalah, logik, komunikasi dan penilaian kepada amalan profesional dengan individu, keluarga, organisasi, komuniti dan negara.
- Mempunyai teknik dan kebolehan mengamalkan kerja-kerja pemulihan dan jagaan dalam lingkaran nilai dan etika pemulihan dan jagaan yang mencerminkan kecekapan, kesedaran kendiri, integriti dan tanggungjawab dan etika sosial.
- Memperolehi kemahiran penyelidikan kualitatif dan kuantitatif yang perlu untuk melaksanakan penilaian empirikal ke atas amalan-amalan pencelahan dengan individu, keluarga, organisasi dan komuniti dan ke atas kajian-kajian lain serta mengaplikasikan dapatannya kepada amalan semasa.
- Menguasai dan mengaplikasi kemahiran berpasukan dan interpersonal ilmu kemanusiaan dan governan yang mempunyai impak ke atas pembangunan sosial individu, masyarakat dan negara.
- Merancang, mengurus dan melaksana program-program, kerja-kerja penyelidikan dan perundingan mengenai isu-isu sosial serta meneruskan pengajian lanjutan dengan autonomi yang tinggi.
|
Peluang Kerjaya |
- Pekerja Sosial (perubatan, sekolah, institusi dan lain-lain yang berkaitan)
- Pegawai Kebajikan Masyarakat
- Tenaga Akademik
- Usahawan sosial
- Sukarelawan
- Pegawai Perhubungan Awam
- Pegawai Tadbir/Pegawai Tadbir Diplomatik
|
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN |
 |
|
SYARAT KHAS KEMASUKAN

|
NOTA:
Maklumat lengkap Pusat Pengajian Kerja Sosial boleh dibaca disini 
|
|